Wednesday, December 31, 2014

Bye bye 2014, Hello 2015 !

Hi,




Selamat tinggal, 2014 !

Hari ini merupakan hari terakhir bagi 2014. Tahun yang paling banyak memberi kesan pada aku. Eh kejap. Aku rasa satu Malaysia akan cakap tahun ni paling 'adventure'. There's too many things happened in this year. Too much! Agaknya kalau pejam mata kejap terus berputar balik semua tu, boleh nangis ni. Wuwuwu.


Bermula pada awal bulan Januari, berpindah ke belantara konkrit dan mula menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja cabuk yang sangat menggilai kerjanya. Masuk ke dalam dunia penyiaran sangat membuatkan aku berasa teruja. Alhamdulillah, Tuhan beri aku peluang..senang kata memang aku berubah jadi seorang yang workaholic sebab sanggup ni balik lewat malam pukul 12 malam. haha.Benda ni tak pernah terlintas dalam fikiran aku. Macam-macam jenis orang yang kau akan jumpa dekat sini. Alhamdulillah, aku anggap tempat kerja aku sekarang lah benda yang pertama buat aku berubah (in-term of thinking skill).


Bila kerja dengan bidang penyiaran, sebenarnya isu-isu semasa pun banyak beri kesan pada aku sendiri. Yang mana hilang tak jumpa-jumpa, yang kena tembak, yang rumah kena hanyut banjir lumpur,politik taik lagi, duit rakyat ke mana, yang isu doping, yang jadi Dr termuda, yang kena serang dengan lanun pun ada, JDT kena boo. Eh. 


Bila duduk berdikari ni jugak, automatik life jadi berubah. Sebelum ni bukan tak pernah berdikari, tapi kali ni lain sebab dah ada pendapatan sendiri. Means semua benda kau kena settle kan sendiri. Rumah, servis kereta, bil utiliti, in fact diri sendiri pun kena urus sendiri. Makan ke tak, baju ok ke tak, barang dapur cukup ke tak, fuh. Kalau orang yg manja, memang tak tahan dia hidup macam ni. Tapi dari sudut positif, aku rasa bersyukur sebab boleh control lagi. Tak mewah sangat. Tak susah sangat. Terima kasih mama, ayah, kakak banyak sangat tolong guide aku sampai sekarang. :')


Tahun ni jugak paling banyak interview kerja dah aku cuba. Daripada pegawai penerangan , Penguasa Kastam, PTD, sampai masuk balik bidang penyiaran base dekat JB pun aku cuba. Sebenarnya impian aku tahun ni sebenarnya nak dapat satu emel daripada SPA yang mengucapkan tahniah kerana lulus dalam temuduga ini. Setiap hari berdoa tak putus-putus. Tapi dukacita aku terkandas dekat garisan penamat. Frust jugak masa tu. Tapi, kejap je frust.tak sampai dua jam kot. hahah.Sebab aku rasa kita ni sebagai manusia biasa, kena teriiiiiima je apa yang Dia bagi. Dia bagi sikit ke banyak ke mahal ke murah ke best ke tak best ke, cakap je thank you dekat Dia. Insyaallah Dia dah cakap awal-awal, siapa yang bersabar, dapat lah reward dari Dia nanti. Tak dekat dunia, dapat lah dekat akhirat. *Ok aku dah bayangkan yang aku jadi pegawai penerangan dekat syurga nanti. 


Oh ya, tahun ni pun nampaknya berlumba-lumba kengkawan ni kahwin atau tunang. Bukan setakat bestfriend sekolah rendah, sekolah menengah,form 6, even kawan susah senang dekat Uitm dulu tu pun! Pastu tambah lagi dengan roomate aku, budak sebelah meja kat ofis pun! Even bestfriend carpool aku pun! huaaa nanges dekkk. Kiri kanan kahwin. Benda ni tak boleh fikir sangat sebenarnya. Takut nanti aku yang menggelabah sebab takde calon lagi.haha nangis. 


Apapun, 2014 banyak ajar aku erti kematangan. Walaupun tak fully matured lagi, at least ada la perubahan sikit. hahaha.Thank you 2014. Thanks for all the super duper best moment along this year.  I hope that next year will be better. :)


xoxo


mama kata aku nampak gemuk tahun ni. Asik makan fastfood je gamaknya. End up gemuk naik kat hidung. wuwuwu









Friday, December 19, 2014

Dah Jubli Perak dah umur awak..

Alhamdulillah..


15 Disember 2014 genap umur 25 tahun. Syukur Allah masih beri peluang hidup. Kejapnya masa berjalan.Banyak lagi perkara misi visi impian yang belum capai. Dulu setiap kali birthday, tak pernah terfikir pun pasal kepayahan mama mengandungkan, melahirkan, membesarkan kita sampai jadi besar panjang macam ni, tapi bila dah umur 25 ni, sejak duduk berdikari sendiri ni, rasa macam hari-hari nak call mama nak cakap i love u sampai mama dah tahu dah motif call untuk cakap benda tu je.hahaha Rasa makin hati tisu pun ye jugak. err.ok.

Dear ma,

I made this entry special for you. Thanks for giving birth to me..and raising me. Thank you for everything you've done for me,, for being my inspiration and motivation to do what I want to do with my life. I may not be the best daughter ever, but every single thing I try harder than the others cause I know I am not as good as them. But trust me, I will make you so proud of me. :)


and ayah pun. Adik tak lupa ayah. Selalu ingat ayah. Selalu gunakan Al-Quran yang comey yang ayah belikan tu untuk adik siapkan bekalan untuk akhirat. Sebenarnya banyakkkkk sangat nak express my feeling towards you, tapi adik nak simpan dulu. nanti birthday ayah, adik nak buat suprise.hahaha

So farrah, semoga tahun 2015 nanti bakal menjadi tahun yang bertuah buat saya..bakal mencapai apa yang saya impikan selama ini, and cepat-cepat balas jasa mama ayah. *teringin nak bawa mama ayah holiday hihi.

Tahun ni, sambut secara sederhana je..sebab sedar diri yang misi tahun ni tak tercapai. So tak boleh celebrate lelebih.By d way, thanks for all the wishes, I am so touched and really appreciate your kind and lovely wishes. xoxo 




p/s : Blog ni kira hadiah untuk diri sendiri.Self-reward sebab dah jadi orang dewasa.haha bye! 




Designed by UMIESUEstudio 2014: FARRAHHANNA