Thursday, January 15, 2015

Kenapa aircond tak sejuk?


Tengahari semalam, bawa kengkawan ke KFC Setapak untuk lunch. Sebenarnya taklah jauh sangat Setapak tu dengan ofis. Setapak dua tapak je kot. Tapi perjalanan jadi jauh sebab ada construction jalan (kecikkan jalan Genting Klang) + jammed orang semua keluar lunch + cuaca panas terik baq ang + aircond tak sejuk. Wait. kenapa aircond tak sejukkkkkkkkkkkkk T_T 


Jadi ketibas la sepanjang perjalanan. Orang nak belanja, eh jalannnn. Redha je haha. Padahal kepala ni berpikir apesal aircond boleh panas balik. Baru isi gas bulan lepas. Takkan lah dah abis dah. Normal isi gas setahun dua kali je. Aircond rosak ke?


Jadi lepas habis waktu kerja, terus balik menyinggah kejap ke Danau Kota. Pergi balik kedai aircond Uncle Gemuk yang aku p isi gas bulan lepas tu. Nasib baik uncle ingat lagi kereta aku. Senang ingat sebab warna merah kot.


Macam biasa, kalau setakat tengokkk je aircond tu, tak jadi ape dik. Jadi dia cadangkan tinggalkan kereta kat workshop untuk satu hari, nanti dia periksa la apa yang patut, mana yang nak ganti. Nak tinggalkan kereta, memang takk lah. Macamana nak g kerja kalau takde kereta. Takpe, aku tanya la pulak harga kalau nak service aircond ni. Lalu terkeluar lah kat mulut uncle tu perkataan RM800. ewah. Rm800 kata dia? Mentang-mentang baru dapat Brim hari ni. Makkk betul lah.


Lalu, aku buat keputusan isi gas jelah. Sementara nak tunggu hujung bulan ni balik JB. Harga servis gas dekat sini RM25. Ayah kata kat JB RM30. Kalau tempat korang berapa? Ni yang tak syok kalau g workshop sorang-sorang. Takut orang kelentong. Jadi kalau apa-apa masalah, tolak kat ayah je. heeeee.


Sebelum beredar dengan muka sedih sebab duit terbang, Uncle tu ajar, aircond mesti mau jaga baik-baik. Jangan selalu adjust temperature minimum to maximum sukahati lu. Biar je standard 25c. Kalau nak tutup, off je button aircond. Yang lain tak payah sentuh. Itu kalau Persona lah. Kalau Myvi, pun sama jugak. Nak guna, on. Taknak guna,off, bukak tingkap. lol

Jangan mengada nak sentuh hat tengah tu. 

Dan aku pelik jugak. Kenapa lah DBKL suka tanam pokok yang daun dia kecik-kecik tu kat tepi jalan. Mungkin tu jadi penyebab jugak kenapa aircond jadi panas. Habis daun-daun kecik tu tersumbat dekat filter. Parking dekat rumah ada pokok tu, parking kat office pun ada pokok tu. Matilanakk macam ni kalau setiap hari kereta tadah daun-daun tu. T_T Hat ni kena rajin cek dan buang kekotoran tu. Kalau buat bodohh je, ular sawa pun suka duduk kat situ. erkk.


So apa cara korang pulak nak jaga aircond kereta?












Tuesday, January 6, 2015

Setahun yang sangat awesome!

Eh? Setahun dah rupanya aku kerja kat sini. Kejap je rasanya.(Ayat cliche).HAHAHA 


Selama 365 hari aku berkhidmat dekat sini, Alhamdulillah everything was ok. Naik turun tu biasa la. Gua boleh handle lagi..

Allah dah aturkan kehidupan kita, cukup cantik. Dah ditakdirkan khidmat aku aku di dunia ni sentiasa berjumpa / berurusan dengan macam-macam orang. Maksud aku lebih kepada PR la. 

Masa kecik-kecik dulu, aku selalu ikut ayah berniaga. Berniaga tepi jalan je. Naik lori. Entah kenapa aku suka sangat ikut ayah berniaga sebab aku suka cakap dengan strangers. HAHA. Walaupun masa tu gaji ayah bagi RM10 je sehari tapi kerja kau cuma senyum dekat customer, cakap "1paket rm2 3paket diskaun jadi rm5" dan bungkuskan kalau customer nak, tapi kau rasa kau puas hati sangat and nak ikut ayah lagi. Siap berebut-rebut dengan abang sapa nak tolong ayah. Dan gaji tu bukan aku guna beli jajan pun. Duit tu bagi kat mama cakap simpankan untuk aku. Pusing-pusing duit tu jadi duit kocek aku nak g sekolah. Bestnya time tu! Alhamdulillah sampai sekarang masih lagi suka tolong ayah kat kedai. Setiap kali cuti sekolah, cuti semester, sampai lah dah kerja ada public holiday, balik mesti nak tolong ayah. Bukan sebab nak side income, tapi best tengok ayah cakap dengan customer. hihihi

Bila dah habis belajar dekat UiTM, dapat peluang jadi guru ganti. Baru aku tahu yang jadi cikgu tak semudah yang disangka. Tempoh setahun mengajar budak-budak sekolah menengah ni ish..nak kata macam nightmare macam teruk sangat. Anggap jela pengalaman. Pengalaman berurusan dengan budak-budak. Weh mencabar betul. Kita nak attract budak-budak (mostly 1 kelas ada 35 orang) pandang apa yang kita ajar tu boleh nangis woi. 35 orang means 35 jenis kepala lain-lain yang kau kena hadap. Huaaa matilanakkkk. Eh tapi ada jugak yang baik. Yang best. Overall, is good. Satu pengalaman yang best kalau aku nak goreng masa interview.haahahhahahahaha

Lepas tu.. dapat tawaran lah dekat company ni.. Started on 6th January last year, I was officially joined this company under Corporate Comm division. Aku kutip satu-satu pengalaman kat sini. Nak cakap lebih pun, baru setahun jagung dekkk. But lucky me to be part of it because macam-macam orang boleh kau jumpa kat sini. So here is the 5 reasons why I love my current job :

1. Aku dapat kawan yang tersangat best! 
    Weh ni serius best! Adah, Jiha, dengan Iera. Takyah reramai. Cukup ada 3 orang Makcik Bedah ni kat office, kau akan rasa tak menyesal pun pergi kerja. HAHA. 

2. Banyak kedai makan yang best dekat area office. 
   Kampung Baru, Setapak, Istana Budaya, KLCC, Pusrawi, dengan TH Selborn adalah hotspot yang selalu jadi pilihan kalau nak breakfast atau lunch. Ada mahal ada murah. Selebihnya kitorang suka merayap je sebenarnya.

3. Dapat jumpa orang-orang yang selalu keluar kat tv.
   Dibesarkan dengan kehidupan yang sederhana, sebenarnya ni satu cabaran pada aku. Kalau dulu aku cakap cakap pasar je dengan customer, pastu cakap ala-ala cikgu disiplin, pastu sekarang kena cakap dengan bahasa yang begitu formal. Solutasi kena betul, ayat kena elok, ish beza la cara dia. Banyak benda baru yang dapat kita belajar kat sini. dan banyak-banyak menteri aku jumpa, aku rasa DS Zahid Hamidi dengan DS S. Subramaniam yang paling sempoi aku boleh berbual. Seronok pulak berborak dengan diorang ni. 

4. Budak sebelah meja jadi tutor BI. hihihi
   Budak sebelah ni nama dia Geanne. She is Sarawakian. Very nice, humble person. Always teach me how to make a good phrases. Selalu betulkan vocab aku.Satu hari dapat belajar satu word baru. Hari ni dapat belajar defecate. Tau tak defecate tu ape? HAHAHHAH

5. Senang nak solat.
  Benda terpenting. Orang kata kalau nak cari kerja, cari pekerjaan yang memudahkan kita untuk solat. Ya Allah..seronoknya solat kat sini. Tenang je.. Kalau happy, carik surau. Kalau sedih pun lari g surau.Satu-satunya tempat macam aku rasa aku betul-betul rasa aku tengah berbual dengan Allah. Sempat juga tahun lepas join Khatam AlQuran. Belajar tajwid. Benda yang dah lama tinggal lepas sekolah SMKA. Satu lagi nikmat yang paling aku suka is DHUHA. Ya Allah..sungguh kau akan rasa lain kalau kau mula jadikan solat tu sebagai amalan. Masa jadi cikgu dulu, kemain susah nak solat sebab masa penuh dengan nak masuk kelas. Alhamdulillah Allah tu betul-betul bagi aku peluang lagi dan lagi. Aku jahat kat Dia pun Dia still bagi can lagi. wuwuwu 

So Farrah, Selamat Ulangtahun pertama bekerja dekat sini. Tolong jadi seorang yang sangat komited dengan kerja, dan bersyukur dengan rezki yang Dia kurnia. Insyaallah. :)

  
   







Wednesday, December 31, 2014

Bye bye 2014, Hello 2015 !

Hi,




Selamat tinggal, 2014 !

Hari ini merupakan hari terakhir bagi 2014. Tahun yang paling banyak memberi kesan pada aku. Eh kejap. Aku rasa satu Malaysia akan cakap tahun ni paling 'adventure'. There's too many things happened in this year. Too much! Agaknya kalau pejam mata kejap terus berputar balik semua tu, boleh nangis ni. Wuwuwu.


Bermula pada awal bulan Januari, berpindah ke belantara konkrit dan mula menjalani kehidupan sebagai seorang pekerja cabuk yang sangat menggilai kerjanya. Masuk ke dalam dunia penyiaran sangat membuatkan aku berasa teruja. Alhamdulillah, Tuhan beri aku peluang..senang kata memang aku berubah jadi seorang yang workaholic sebab sanggup ni balik lewat malam pukul 12 malam. haha.Benda ni tak pernah terlintas dalam fikiran aku. Macam-macam jenis orang yang kau akan jumpa dekat sini. Alhamdulillah, aku anggap tempat kerja aku sekarang lah benda yang pertama buat aku berubah (in-term of thinking skill).


Bila kerja dengan bidang penyiaran, sebenarnya isu-isu semasa pun banyak beri kesan pada aku sendiri. Yang mana hilang tak jumpa-jumpa, yang kena tembak, yang rumah kena hanyut banjir lumpur,politik taik lagi, duit rakyat ke mana, yang isu doping, yang jadi Dr termuda, yang kena serang dengan lanun pun ada, JDT kena boo. Eh. 


Bila duduk berdikari ni jugak, automatik life jadi berubah. Sebelum ni bukan tak pernah berdikari, tapi kali ni lain sebab dah ada pendapatan sendiri. Means semua benda kau kena settle kan sendiri. Rumah, servis kereta, bil utiliti, in fact diri sendiri pun kena urus sendiri. Makan ke tak, baju ok ke tak, barang dapur cukup ke tak, fuh. Kalau orang yg manja, memang tak tahan dia hidup macam ni. Tapi dari sudut positif, aku rasa bersyukur sebab boleh control lagi. Tak mewah sangat. Tak susah sangat. Terima kasih mama, ayah, kakak banyak sangat tolong guide aku sampai sekarang. :')


Tahun ni jugak paling banyak interview kerja dah aku cuba. Daripada pegawai penerangan , Penguasa Kastam, PTD, sampai masuk balik bidang penyiaran base dekat JB pun aku cuba. Sebenarnya impian aku tahun ni sebenarnya nak dapat satu emel daripada SPA yang mengucapkan tahniah kerana lulus dalam temuduga ini. Setiap hari berdoa tak putus-putus. Tapi dukacita aku terkandas dekat garisan penamat. Frust jugak masa tu. Tapi, kejap je frust.tak sampai dua jam kot. hahah.Sebab aku rasa kita ni sebagai manusia biasa, kena teriiiiiima je apa yang Dia bagi. Dia bagi sikit ke banyak ke mahal ke murah ke best ke tak best ke, cakap je thank you dekat Dia. Insyaallah Dia dah cakap awal-awal, siapa yang bersabar, dapat lah reward dari Dia nanti. Tak dekat dunia, dapat lah dekat akhirat. *Ok aku dah bayangkan yang aku jadi pegawai penerangan dekat syurga nanti. 


Oh ya, tahun ni pun nampaknya berlumba-lumba kengkawan ni kahwin atau tunang. Bukan setakat bestfriend sekolah rendah, sekolah menengah,form 6, even kawan susah senang dekat Uitm dulu tu pun! Pastu tambah lagi dengan roomate aku, budak sebelah meja kat ofis pun! Even bestfriend carpool aku pun! huaaa nanges dekkk. Kiri kanan kahwin. Benda ni tak boleh fikir sangat sebenarnya. Takut nanti aku yang menggelabah sebab takde calon lagi.haha nangis. 


Apapun, 2014 banyak ajar aku erti kematangan. Walaupun tak fully matured lagi, at least ada la perubahan sikit. hahaha.Thank you 2014. Thanks for all the super duper best moment along this year.  I hope that next year will be better. :)


xoxo


mama kata aku nampak gemuk tahun ni. Asik makan fastfood je gamaknya. End up gemuk naik kat hidung. wuwuwu









Friday, December 19, 2014

Dah Jubli Perak dah umur awak..

Alhamdulillah..


15 Disember 2014 genap umur 25 tahun. Syukur Allah masih beri peluang hidup. Kejapnya masa berjalan.Banyak lagi perkara misi visi impian yang belum capai. Dulu setiap kali birthday, tak pernah terfikir pun pasal kepayahan mama mengandungkan, melahirkan, membesarkan kita sampai jadi besar panjang macam ni, tapi bila dah umur 25 ni, sejak duduk berdikari sendiri ni, rasa macam hari-hari nak call mama nak cakap i love u sampai mama dah tahu dah motif call untuk cakap benda tu je.hahaha Rasa makin hati tisu pun ye jugak. err.ok.

Dear ma,

I made this entry special for you. Thanks for giving birth to me..and raising me. Thank you for everything you've done for me,, for being my inspiration and motivation to do what I want to do with my life. I may not be the best daughter ever, but every single thing I try harder than the others cause I know I am not as good as them. But trust me, I will make you so proud of me. :)


and ayah pun. Adik tak lupa ayah. Selalu ingat ayah. Selalu gunakan Al-Quran yang comey yang ayah belikan tu untuk adik siapkan bekalan untuk akhirat. Sebenarnya banyakkkkk sangat nak express my feeling towards you, tapi adik nak simpan dulu. nanti birthday ayah, adik nak buat suprise.hahaha

So farrah, semoga tahun 2015 nanti bakal menjadi tahun yang bertuah buat saya..bakal mencapai apa yang saya impikan selama ini, and cepat-cepat balas jasa mama ayah. *teringin nak bawa mama ayah holiday hihi.

Tahun ni, sambut secara sederhana je..sebab sedar diri yang misi tahun ni tak tercapai. So tak boleh celebrate lelebih.By d way, thanks for all the wishes, I am so touched and really appreciate your kind and lovely wishes. xoxo 




p/s : Blog ni kira hadiah untuk diri sendiri.Self-reward sebab dah jadi orang dewasa.haha bye! 




Designed by UMIESUEstudio 2014: FARRAHHANNA